Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, June 10, 2011

Kempen jangan lawat Kelantan gagal


Kelantan mempunyai lebih daripada 60 buah hotel dengan bilangan 4500 buah bilik dan kebiasaannya ia penuh pada pada setiap kali datangnya musim cuti persekolahan. Ia sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri ini gagal dalam memajukan sektor pelancongan negeri Kelantan dan ternyata usaha pihak-pihak tertentu melaksanakan kempen jangan melawat Kelantan suatu masa dahulu menemui kegagalan.

Demikan ucap Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sewaktu berucap di majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di Dataran Perahu Pantai Irama Bachok di sini.

Antara yang hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah Dato’ Hj Mohd Nasaruddin bin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Bachok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.

“ Dasar Membangun Bersama Islam sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada indutri pelancongan dan tidak sama sekali menutup pintu pelancongan, bahkan sektor ini masih kekal sebagai sektor utama dalam menjanakan ekonomi negeri serta memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Menurutnya lagi kerajaan negeri melalui belanjawan tahunan menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk sektor pelancongan melibatkan aspek galakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan, promosi dan produk pelancongan, pembangunan seni dan budaya serta pembangunan infrastruktur pelancongan.

Sebelum daripada itu Dato Takiyuddin dalam ucapannya menyebut jumlah angka pelancong yang datang ke Kelantan semakin tahun meningkat dengan membuat perbandingan pada tahun 2009 seramai 4.8 juta orang dan pada tahun 2010 seramai 5.3 juta orang. Manakala pada tahun 2011 dianggarkan 5.8 juta orang pelancong akan melawat Kelantan.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan begitu komited dengan agenda Pelancongan Agama sebagaimana yang turut dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad ke V, Sultan Kelantan sewaktu bertitah merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

“ Antara produk Pelancongan Agama yang terdekat ini ialah membina pondok pelancongan islam di Kandis Bachok yang akan mempromosikan pondok melalui konsep bakti kasih, konsep time sharing syarie kepada pesara-pesara kerajaan, syarikat-syarikat serta pertubuhan-pertubuhan,” ujarnya.

Manakala Yang Dipertua MDB BPI, Zulkifle Bin Ab. Rahman dalam ucapan aluannya antara lain menyebut empat sektor yang akan direalisasikan dalam menjayakan wawasan Bachok Bandar Pelancongan Islam iaitu Sektor Hospitaliti, Sektor Pengetahuan Pelancongan, Sektor Pelancongan serta Sektor Sukan dan pelancongan Pantai.

Majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan pada malam tersebut diakhiri dengan pelancaran logo baru Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dan pertunjukan bunga api.

No comments:

Post a Comment

Pusat Penerangan Pelancongan