Friday, January 20, 2012
Friday, January 13, 2012
Artifak China dipamer sebulan di Kelantan
12/01/2012 7:32pm
Selain dakwat kekal, SPR perlu bersih daftar pemilih
| Rizal Tahir, | 12 Januari 2012 |
Menurutnya, daftar pemilih yang dilaksanakan oleh pihak tertentu perlu bersih dan amat tidak wajar sekiranya ditambah warganegara lain sebagai pemilih.
“Kenapa perlu disabitkan dengan warga negara lain, Bangladesh la, Burma, ini semuanya berlaku hasil dari kerja mereka yang tidak yakin pada rakyat sendiri.
“Mereka yakin rakyat tidak akan mengundi parti mereka, kerana itu daftar rakyat dari negara lain sebagai pemilih. Ini yang kacau (daftar pemilih),”ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung penggunaan dakwat kekal selepas menyampaikan watikah perlantikkan sebagai Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kelantan 2012, disebuah hotel di sini tengahari tadi.
Media masa hari ini menyiarkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin, penggunaan dakwat kekal pada Pilihanraya Umum Ke-13, harus.
“Apa yang perlu kita ingat berhubung pilihanraya ini adalah soal ‘bersih’ serta ketaqwaan kepada Allah sehingga tidak ada lagi pengundi yang mengundi lebih dari sekali,”ujarnya.
Katanya, apalah ertinya kemenangan dari cara yang tidak halal, sedangkan di akhirat nanti mereka yang terlibat akan dihalang masuk syurga.
Beliau bagaimanapun melahirkan ucapan terima kasih pada pihak tertentu di atas usaha tersebut.
Saturday, December 31, 2011
Semarak program daerah
Tarikh : December 31, 2011
KOTA BHARU – Pelbagai program yang melibatkan daerah bakal dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Kelantan 2012 supaya sasaran menarik enam juta pelancong ke negeri itu tercapai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, aktiviti yang dimasukkan dalam program tahun depan adalah sama dengan tahun sebelumnya tetapi ia akan dinaikkan taraf kepada peringkat antarabangsa.
“Contohnya Pesta Air, Pesta Wau yang sebelum ini berdasarkan jemputan tetapi untuk tahun depan ramai peserta luar negara baik dijemput menyertainya.
“Exco lain juga akan turut mengadakan program mereka seperti aktiviti himpunan pondok-pondok sedunia di Kelantan, festival kegemilangan emas Kelantan dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Pusat Penerangan Pelancongan negeri, di sini, semalam.
Menurutnya, dengan cara itu kepelbagaian program dalam TMK kali ini dapat memberi kelainan kepada pelancong berbanding TMK 2008.
Katanya, pihaknya juga akan bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu untuk menyediakan pakej pengangkutan, penginapan dan makanan kepada pengunjung ke Kelantan.
Takiyuddin berkata, peruntukan untuk keceriaan dan pencahayaan di lokasi pelancongan ditingkatkan untuk menarik pelancong tempatan dan luar negara.
Terdahulu, beliau menyampaikan sijil kepada tujuh peserta yang berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu dengan mengibarkan kain rentang TMK 2012 sebagai usaha promosi minggu lalu.
Sasar 6 juta pelancong 2012
Tarikh: December 16, 2011
KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengadakan pelbagai bentuk program bagi memastikan sasaran dikunjungi 6 juta pelancong bersempena Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK@12).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, sasaran itu tidak susah untuk dicapai memandangkan peningkatan kemasukan pelancong ke negeri ini dari setahun ke setahun.
Menurutnya, 3.1 juta pelancong domestik dan 4.2 juta pelancong antarabangsa ke negeri ini dari Januari hingga Oktober tahun ini.
“TMK@12 lebih menyasarkan pelancong dari negara serantau seperti Singapura, Thailand, Indonesia, China dan Jepun.
“Kemasukan ramai pelancong membantu mengembangkan ekonomi rakyat negeri ini kerana rekod menunjukkan lonjakan memberangsangkan,” katanya.
Pada 2008 dan 2009 katanya, sektor pelancongan menjana RM1.8 bilion dan untuk tahun 2010 menjana pendapatan RM1.4 bilion.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pra-Pelancaran Tahun Melawat Kelantan 2012 yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semalam.
Takiyuddin berkata, Pelancaran TMK@12 secara gilang-gemilang akan diadakan pada Februari.
Katanya, promosi mengenai giat diadakan seperti misi menawan puncak Gunung Kinabalu, konvoi motosikal berkuasa tinggi ke utara semenanjung, konvoi Volkswagen ke selatan dan tengah semenanjung.
“Kita mengadakan program silang budaya dengan Acheh yang juga digelar Negeri Serambi Makkah, selain bekerjasama dengan Perak yang turut mengadakan tahun melawat negeri itu tahun hadapan,” katanya.
Untuk tahun 2012 katanya, program bertaraf antarabangsa diatur bagi menarik kedatangan pelancong seperti Pesta Wau, Pesta Air, Pesta Makanan dan Buah-buahan, Pesta Burung Ketitir dan Kilauan Emas Sedunia.
Sesuai dengan perkembangan Kelantan yang menjurus kepada agama katanya, Pelancongan Agama diperkenalkan bagi memastikan pelancongan mendapat manfaat atau ibadat daripada melancong.
Tuesday, October 25, 2011
Kelantan adakan Silang Budaya tahun depan
| Oleh :Rizal Tahir |
| KOTA BHARU, 25 Okt: Kerajaan Kelantan akan mengadakan program Silang Budaya tahun hadapan sebagai acara sempena sambutan Tahun Melawat Kelantan 2012 (TMK 12). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata program berkenaan melibatkan empat buah negara, Acheh, Singapura, Brunei dan Jepun. Bagaimanapun, katanya persembahan kebudayaan Cina dan Thai dari negara-negara terbabit juga akan diadakan. Menurutnya, kerajaan Singapura memberi kerjasama yang padu untuk membuat promosi pelancongan di tempat mereka selain negara Brunei dan Jepun yang turut memberi kerjasama yang baik. Ketika memberitahu Harakahdaily beliau seterusnya berkata, sempena TMK 12 juga kerajaan negeri akan menyediakan beberapa program lain sebagai produk pelancongan di negeri itu. “Pada masa yang sama kerajaan negeri turut mengadakan hubungan yang baik dengan mana-mana negeri yang juga mengadakan tahun melawat di negeri-negeri lain di negara ini. “Selain tempat pelancongan, tempat-tempat menarik untuk menjamu selera juga akan diperkenalkan pada pelancong sewaktu mereka mengunjungi negeri ini,” ujarnya. Sehubungan itu, program khas menyambut pelancong pada 1 Januari tahun hadapan akan diadakan dibeberapa pintu masuk ke Kelantan, antaranya Bukit Yong, Jeli, Pengkalan Kubur dan beberapa tempat lagi. (Sumber Harakahdaily) |

