Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, January 13, 2012

Artifak China dipamer sebulan di Kelantan


12/01/2012 7:32pm


KOTA BHARU — Katil berusia lebih 200 tahun adalah antara kira-kira 100 barang purba dari China yang menjadi tarikan pada Pameran Koleksi Warisan Cina di sini selama sebulan mulai 20 Januari ini.
Pengerusi Perbadanan Muzium Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pameran itu akan diadakan di Hotel Grand Riverview sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri berkata, ia antara beberapa pameran anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama hotel tersebut itu bertujuan menarik pelancong ke Kelantan sempena TMK 2012.
"Inilah pameran terbesar anjuran kerajaan negeri selepas Ekspo Cheng Ho tahun lepas,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pameran lain yang akan diadakan sepanjang tahun ini termasuk Pameran Upin dan Ipin, Pameran Warisan Islam di China, Pameran Ikan Hiasan, Pameran Permainan Tradisional dan Pameran Seribu Senjata.
Antara artifak yang dijangka menarik perhatian pengunjung ialah cermin tilik berukir, kotak menyimpan pakaian serta tempayan besar dan beduk.
Takiyuddin berkata, pameran itu mampu menguatkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum selaras dengan hasrat kerajaan memupuk semangat 1Malaysia. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Pusat Penerangan Pelancongan