Thursday, October 20, 2011
Bajet Kelantan 2012: Kesejahteraan Bersama Keberkatan
Sunday, July 17, 2011
Bekas pemain disaran tubuh persatuan
Ahli Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, di peringkat FAM pun, pihaknya sentiasa berbincang mengenai kebajikan dan pembelaan terhadap nasib bekas pemain yang pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan sebelum ini.
“Puncanya kita dapat kenal pasti apabila pemain bola sepak sudah bersara mereka hilang begitu sahaja tanpa khabar berita. Tidak ada satu persatuan pun ditubuhkan dapat menyatukan mereka semua.
“Di peringkat kebangsaan sekalipun tidak ada organisasi yang tersusun dapat membantu mereka. Jadi saya mengalu-alukan sebarang penubuhan persatuan bekas pemain di peringkat negeri supaya mereka boleh menyusun pelbagai program dengan baik.
“Jasa bekas pemain yang pernah menabur bakti mengharum negeri dan negara dalam bidang sukan bola sepak tidak harus dilupakan begitu sahaja. Apabila persatuan ditubuhkan, mudah bagi pihak berwajib untuk menyampaikan bantuan kepada mereka,” katanya kepada media pada majlis bertemu bekas pemain bola sepak negeri Kelantan era tahun 60 hingga 70-an, semalam.
Takiyuddin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMMK) turut memuji usaha yang dilakukan bekas-bekas pemain bola sepak di negeri ini untuk menubuhkan persatuan bekas pemain dalam masa terdekat.
“Sebenarnya, ramai bekas pemain negeri ini pernah berkhidmat dengan agensi Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandaraya Islam (MKPB-BRI). Macam MPKB-BRI dulu pernah menjadi johan Piala FAM, jadi mereka juga boleh menyumbang kepada persatuan.
“Alhamdulillah, malam ini mereka bersetuju menubuhkan jawatankuasa penaja dan saya sudah memberi jaminan untuk menyumbang sebanyak RM10,000 kepada mereka. Jadi dengan duit tersebut mereka boleh menguruskan aktiviti permulaan bagi persatuan mereka," katanya.
Mengenai cadangan pengurniaan anugerah kepada bekas pemain yang pernah mengharumkan nama negeri ini sebagai salah satu pengiktirafan terhadap jasa mereka selama ini, Takiyuddin turut menyokong penuh cadangan tersebut.
“Ini satu cadangan yang baik. Saya akan berbincang dengan Abdul Fattah Mahmood (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Insan, Sukan dan NGO Negeri) untuk mengemukakan nama-nama yang difikirkan sesuai dipersembahkan kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya.
SINAR HARIAN Ahad 17 Julai 2011
Saturday, July 2, 2011
Kelantan sasar 5.8j pelancong
Pengerusi Jawatankuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kedatangan pelancong dijangka meningkat berbanding 5.3 juta tahun lalu, memandangkan tarikan yang ada di negeri ini.
“Kelantan destinasi yang tidak asing lagi bagi pelancong, kerana ikon sebagai syurga makanan yang dimiliki selain seni budaya dan warisan terunggul yang dimiliki,” katanya selepas merasmikan Pesta Nasi 100 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV di sini, kelmarin.
Menurutnya, pesta makanan itu termasuk dalam komponen utama carnival seni budaya dan makanan negeri Kelantan.
“Pesta Nasi 100 ini merupakan acara tahunan yang akan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri,” katanya.
Menurutnya, Nasi 100 mempunyai dua erti iaitu merujuk kepada 100 jenis nasi dan yang kedua melibatkan 100 jenis bahan ramuan yang digunakan untuk menjadikan nasi lebih enak serta berkhasiat untuk dinikmati.
Takiyuddin berkata, pesta kali ini mendapat sambutan menggalakkan pelbagai pihak termasuk hotel bertaraf lima bintang, pemilik- pemilik restoran dan individu yang mahir dalam bidang masakan.
“Selain itu, kerajaan negeri dalam rangka menghidupkan kembali Tahun melawat Kelantan bermula tahun hadapan selepas hampir tiga tahun dihentikan, dan kita mengharapkan agar ia menjadi penyumbang kepada usaha kerajaan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini,” katanya
Sunday, June 26, 2011
Karnival Seni Budaya Kelantan 2011

Karnival Seni Budaya Kelantan 2011Perasmian Karnival Seni Budaya Kelantan 2011
...............................
1 Jun 2011
9.00 malam
YB Dato' Hj Ahmad bin Yaacob (Timbalan Menteri Besar Kelantan)
********************
Perasmian Pesta Nasi 100
...............................
1 Jun 2011
3.00 petang
YB Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan)
Acara
* Pertandingan Gasing Uri l Kertok l Rebana
* Pameran Motorsikal Klasik Kelantan l Basikal Fixie
* Sketsa Tok Janggut
* Sajak Seni Disanjung, Budaya Dikendung, Syariat Dijunjung
* Pertandingan Dikir Barat l Persembahan Dikir Barat
* Battle of The Jogho
* Pertandingan 1000 Candik (Malaysia Book of Records)
* Paluan Gendeng Gergasi Terbesar di Kelantan
* India Swarna l Paluan Tardisional
* Wayang Kulit l Pertunjukan Silat
* Persembahan Artis 60an (L. Ramlee)
Saturday, June 25, 2011
Wednesday, June 22, 2011
Lawatan Kerja ke Mesir
Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke bangunan Wisma Sultan Muhammad V bagi meninjau kerja – kerja terakhir sebelum perasmian diadakan. Turut mengiringi Dato’ Takiyuddin penolong pengarah YAKIN Haji Faizal Bin Jusoh serta pegawai di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu Islam.
Satu perbincangan Dato’ Takiyuddin dengan Ahmad Attal pengerusi syarikat Attal Brother diadakan pada hari ketiga, perbincangan berkisar tentang persiapan sebelum diduduki oleh pelajar. Beberapa perkara telah disuarakan oleh Dato’ tentang kekurangan yang terdapat pada wisma tersebut. Pihak syarikat bersetuju untuk membaiki dan menunaikan permintaan Y.B Dato’.
Manakala sebelah malam satu pertemuan diadakan antara wakil persatuan, pegawai kebajikan Kelantan dan Dato’ Takiyuddin mengenaikan majlis perasmian dan etika penghuni asrama. Perkara – perkara yang dipersetujui dalam perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah YAKIN pada minggu hadapan.
Friday, June 10, 2011
Kempen jangan lawat Kelantan gagal

Kelantan mempunyai lebih daripada 60 buah hotel dengan bilangan 4500 buah bilik dan kebiasaannya ia penuh pada pada setiap kali datangnya musim cuti persekolahan. Ia sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri ini gagal dalam memajukan sektor pelancongan negeri Kelantan dan ternyata usaha pihak-pihak tertentu melaksanakan kempen jangan melawat Kelantan suatu masa dahulu menemui kegagalan.
Demikan ucap Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sewaktu berucap di majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di Dataran Perahu Pantai Irama Bachok di sini.
Antara yang hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah Dato’ Hj Mohd Nasaruddin bin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Bachok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
“ Dasar Membangun Bersama Islam sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada indutri pelancongan dan tidak sama sekali menutup pintu pelancongan, bahkan sektor ini masih kekal sebagai sektor utama dalam menjanakan ekonomi negeri serta memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat tempatan,” katanya.
Menurutnya lagi kerajaan negeri melalui belanjawan tahunan menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk sektor pelancongan melibatkan aspek galakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan, promosi dan produk pelancongan, pembangunan seni dan budaya serta pembangunan infrastruktur pelancongan.
Sebelum daripada itu Dato Takiyuddin dalam ucapannya menyebut jumlah angka pelancong yang datang ke Kelantan semakin tahun meningkat dengan membuat perbandingan pada tahun 2009 seramai 4.8 juta orang dan pada tahun 2010 seramai 5.3 juta orang. Manakala pada tahun 2011 dianggarkan 5.8 juta orang pelancong akan melawat Kelantan.
Beliau juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan begitu komited dengan agenda Pelancongan Agama sebagaimana yang turut dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad ke V, Sultan Kelantan sewaktu bertitah merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.
“ Antara produk Pelancongan Agama yang terdekat ini ialah membina pondok pelancongan islam di Kandis Bachok yang akan mempromosikan pondok melalui konsep bakti kasih, konsep time sharing syarie kepada pesara-pesara kerajaan, syarikat-syarikat serta pertubuhan-pertubuhan,” ujarnya.
Manakala Yang Dipertua MDB BPI, Zulkifle Bin Ab. Rahman dalam ucapan aluannya antara lain menyebut empat sektor yang akan direalisasikan dalam menjayakan wawasan Bachok Bandar Pelancongan Islam iaitu Sektor Hospitaliti, Sektor Pengetahuan Pelancongan, Sektor Pelancongan serta Sektor Sukan dan pelancongan Pantai.
Majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan pada malam tersebut diakhiri dengan pelancaran logo baru Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dan pertunjukan bunga api.
