Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, July 9, 2009

Pertandingan Seni Suara Burung

Hadiah sebuah motorsikal adalah antara hadiah utama dalam acara cabutan bertuah sempena Pertandingan Seni Suara Burung Murai Batu yang akan diadakan pada Sabtu, 11 Julai ini bertempat di Padang Majlis Daerah Dabong (Cawangan Laloh), Manek Urai Kelantan.

Selain daripada itu hampir 150 hamper disediakan bagi acara cabutan bertuah tersebut.

Hadiah motorsikal tersebut adalah sumbangan YB Dato Hj. Takiyuddin bin Hj. Hassan yang dijangka turut hadir memeriahkan program tersebut.

Pertandingan berkenaan adalah anjuran Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) dengan kerjasama Persatuan Kesenian Ayam Serama (KERISMA) .

Manakala bagi setiap penyertaan pertandingan tersebut juga akan menerima hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.

Pada hari tersebut juga turut diadakan program perkampungan anjuran Peti Undi Lahloh yang menyediakan pelbagai acara dan hadiah. Antara hadiah terbesar ialah sebuah mesin basuh

Orang ramai di sekitar kawasan tersebut dijemput hadir beramai-ramai bagi merebut pelunag mendapatkan hadiah dan memeriahkan program tersebut.

Wednesday, July 1, 2009

Bandar raya Islam diperluas ke seluruh Kelantan


Majlis Daerah Ketereh (MDK) akan mengikut jejak langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB) dikenali sebagai perbandaran Islam menjelang 2010.

Ia bakal dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri telah merangka program memperluaskan konsep bandar raya Islam ke seluruh negeri.

Menjawab soalan dari Dato' Omar Mohammad (PAS - Perupok) katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, MDK telah berusaha menuju ke arah perbandaran Islam antaranya mewujudkan dataran ilmu di kawasan Pasar Ketereh.

"Kerajaan negeri juga berpuas hati perkembangan MPKB sebagai Bandar Raya Islam sejak dilancarkan pada 2005 apabila lima teras sudah dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

(Disunting daripada Harakahdaily.net)

Pusat Penerangan Pelancongan