Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, June 26, 2011

Karnival Seni Budaya Kelantan 2011


Karnival Seni Budaya Kelantan 2011


Perasmian Karnival Seni Budaya Kelantan 2011
...............................
1 Jun 2011
9.00 malam

YB Dato' Hj Ahmad bin Yaacob (Timbalan Menteri Besar Kelantan)

********************

Perasmian Pesta Nasi 100
...............................
1 Jun 2011
3.00 petang

YB Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan)



Acara
* Pertandingan Gasing Uri l Kertok
l Rebana
* Pameran Motorsikal Klasik Kelantan
l Basikal Fixie
* Sketsa Tok Janggut
* Sajak Seni Disanjung, Budaya Dikendung, Syariat Dijunjung
*
Pertandingan Dikir Barat l Persembahan Dikir Barat
* Battle of The Jogho
* Pertandingan 1000 Candik (Malaysia Book of Records)
* Paluan Gendeng Gergasi Terbesar di Kelantan
* India Swarna
l Paluan Tardisional
* Wayang Kulit
l Pertunjukan Silat
* Persembahan Artis 60an (L. Ramlee)

Saturday, June 25, 2011

Bandar Satelit Pasir Tumboh


Bandar Satelit Islam bakal menjadi bandar Zon Larangan Merokok - Dato' Hj Takiyuddin bin Hj Hassan






Wednesday, June 22, 2011

Lawatan Kerja ke Mesir

Yang Berhormat Dato’ Takiyuddin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke bangunan Wisma Sultan Muhammad V bagi meninjau kerja – kerja terakhir sebelum perasmian diadakan. Turut mengiringi Dato’ Takiyuddin penolong pengarah YAKIN Haji Faizal Bin Jusoh serta pegawai di bawah Majlis Perbandaran Kota Bharu Islam.

Satu perbincangan Dato’ Takiyuddin dengan Ahmad Attal pengerusi syarikat Attal Brother diadakan pada hari ketiga, perbincangan berkisar tentang persiapan sebelum diduduki oleh pelajar. Beberapa perkara telah disuarakan oleh Dato’ tentang kekurangan yang terdapat pada wisma tersebut. Pihak syarikat bersetuju untuk membaiki dan menunaikan permintaan Y.B Dato’.

Manakala sebelah malam satu pertemuan diadakan antara wakil persatuan, pegawai kebajikan Kelantan dan Dato’ Takiyuddin mengenaikan majlis perasmian dan etika penghuni asrama. Perkara – perkara yang dipersetujui dalam perbincangan itu akan dibawa ke mesyuarat Lembaga Pengarah YAKIN pada minggu hadapan.

Friday, June 10, 2011

Kempen jangan lawat Kelantan gagal


Kelantan mempunyai lebih daripada 60 buah hotel dengan bilangan 4500 buah bilik dan kebiasaannya ia penuh pada pada setiap kali datangnya musim cuti persekolahan. Ia sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa negeri ini gagal dalam memajukan sektor pelancongan negeri Kelantan dan ternyata usaha pihak-pihak tertentu melaksanakan kempen jangan melawat Kelantan suatu masa dahulu menemui kegagalan.

Demikan ucap Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan sewaktu berucap di majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan Islam di Dataran Perahu Pantai Irama Bachok di sini.

Antara yang hadir sama dalam majlis bersejarah itu ialah Dato’ Hj Mohd Nasaruddin bin Daud, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Kelantan dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dalam Parlimen Bachok dan Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.

“ Dasar Membangun Bersama Islam sentiasa membuka peluang seluas-luasnya kepada indutri pelancongan dan tidak sama sekali menutup pintu pelancongan, bahkan sektor ini masih kekal sebagai sektor utama dalam menjanakan ekonomi negeri serta memberikan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat tempatan,” katanya.

Menurutnya lagi kerajaan negeri melalui belanjawan tahunan menyediakan sejumlah besar peruntukan untuk sektor pelancongan melibatkan aspek galakan kebudayaan, kesenian dan pelancongan, promosi dan produk pelancongan, pembangunan seni dan budaya serta pembangunan infrastruktur pelancongan.

Sebelum daripada itu Dato Takiyuddin dalam ucapannya menyebut jumlah angka pelancong yang datang ke Kelantan semakin tahun meningkat dengan membuat perbandingan pada tahun 2009 seramai 4.8 juta orang dan pada tahun 2010 seramai 5.3 juta orang. Manakala pada tahun 2011 dianggarkan 5.8 juta orang pelancong akan melawat Kelantan.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak Kerajaan Negeri Kelantan begitu komited dengan agenda Pelancongan Agama sebagaimana yang turut dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhamad ke V, Sultan Kelantan sewaktu bertitah merasmikan Majlis Pembukaan Rasmi Dewan Undangan Negeri Kelantan baru-baru ini.

“ Antara produk Pelancongan Agama yang terdekat ini ialah membina pondok pelancongan islam di Kandis Bachok yang akan mempromosikan pondok melalui konsep bakti kasih, konsep time sharing syarie kepada pesara-pesara kerajaan, syarikat-syarikat serta pertubuhan-pertubuhan,” ujarnya.

Manakala Yang Dipertua MDB BPI, Zulkifle Bin Ab. Rahman dalam ucapan aluannya antara lain menyebut empat sektor yang akan direalisasikan dalam menjayakan wawasan Bachok Bandar Pelancongan Islam iaitu Sektor Hospitaliti, Sektor Pengetahuan Pelancongan, Sektor Pelancongan serta Sektor Sukan dan pelancongan Pantai.

Majlis Pengisytiharan Bandar Bachok sebagai Bandar Pelancongan pada malam tersebut diakhiri dengan pelancaran logo baru Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam dan pertunjukan bunga api.

Pusat Penerangan Pelancongan